Sehari sebelum raya aku dan abah telah buat satu aktiviti yang sangat menyeronokkan iaitu KACAU DODOL. Letih tak payah cerita la. Hampir 5 jam kut kami dua orang duk bergilir mengacau dodol. Abah aku la orng yang paling bnyak dok kacau. Dia kan hero dalam hati aku. Kena la tunjuk macho sikit kan. Dia kena la kuat.
Mak aku pulak, sibuk menjahit kain langsir dia la. Adik-adik aku pulak, diorang buat kerja diaorang la. Duduk la aku ngn abah dok kacau dodol sambil layan movie. Style tak kami berdua. Kenangan la beb.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakhbar
PAGI RAYA !
Cerita raya kami bermula seawal pukul 6 pagi. Mak aku akan bangun awal dan kejutkan anak2 dia bangun. Dengan kami semua, mak aku kena ada nilai kesabaran yang tinggi sebab anak2 dia semua satu spesis iaitu susah nak bangun pagi. Nasib la mak yer. t\Tu belum masuk abah aku pnya hal lagi. Abah aku pun susah nak bangun pagi jugak taw.
Apabila semua orang siap mandi sunat Hari Raya dan mengerjakan solat subuh , kami sekeluarga akan berkumpul bersama-sama dan abah akau akan mengetuai bacaan takbir hari raya. MELTING hooi dengan suara abah sendri nebgalunkan zikir dan takbir. Sayu ada jugak dalam hati ni. Selepas takbir , kami akan bermaaf-maafan pulak. Suasana maaf ni la yang paling hiba dan menyentap jiwa.Semua orang dalam keluarga aku pasti akan mengalirkan airmata. Aku jugak tak terkecuali taw.
Selepas berhari raya, kami akan ambik gambar sekeluarga.
Selepas bergambar , kami sekeluarga akan ke masjid.
Raya aku simple tapi seronok dan meriah dengan cara kami yang tersendiri la.
