Mati itu pasti

Semua orang akan merasa saat kematian. Kematian itu pasti untuk semua orang. Sesaat kita tidak akan terlewat sekiranya ajal kita telah datang menjemput kita. Sebelum ini aku tidak pernah merasa akan kehilangan seseorang yang amat bermakna pada diri kita. Tetapi pada 19/05/2013 aku telah merasa kehilangan orang yang amat aku sayang iaitu arwah nenek aku MAIMUNAH BINTI USOF. Aku rasa sangat akan kehilangan dia.Dia seorang nenek yang banyak mengajar aku erti hidup. Kehilangan dia memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan aku.

Aku bersyukur sangat pada yang Esa sebab aku dapat menjaga dia di saat dia habis nyawa. Arwah nenek aku tinggal di rumah bapa saudara aku dekat kampung, so .. setiap dua minggu aku akan balik kampung. Pada waktu tu, aku cuti sem, mak aku minta aku balik  kampung sebab nak bawak arwah nenek aku pergi klinik untuk cuci luka dia. Sebelum aku pergi bwak nenek aku pergi klinik, aku sempat mandikan nenek aku, yang aku terharu aku orang last yang mandikan dia sebab pada keesokkan harinya keadaan arwah nenek aku amat daif sebab dah x mampu nak nak angkat tangan dan bercakap lagi. Keadaan arwah nenek sangat daif pada hari jumaat tu. Masa tu kakak mak aku dari Pahang balik, dia yang urus semua tu.

Perubahan arwah nenek aku dia tak mengejut, aku ingat lagi dia kuat berceloteh walaupun keadaan dia yang dah tak mampu nak duduk. Nenek aku kerjanya baring saja di atas katil dan di tangannya wajib ada tasbih. Aku still ingat aku dengan dia berceloteh dengan aku waktu aku mandikan dia. Masa bapak saudara aku angkat dia dari kerusi roda , aku mengira 1 2 3 seolah-olah nak baling dia.. dia cakap("Kau jangan timbai(baling) aku"). Aku jwab la, "aku sayang nenek, aku x buat la".  Petang tu pula, adik lelaki aku teringin nak makn mee goreng. aku cakap la tak ada duit. lepas tu nenek aku cakap "nah ambil duit ni, tolakkan makan mee, kesian dia teringin". Aku serba salah nak ambil pada mulanya sebab takut mak aku marah tetapi aku ambil jugak pergi makn mee dengan adik aku. Last dia bagi aku duit, kenangan yang aku sukar lupakan.

Saat yang terakhir jugak aku bagi makan moi dekat nenek aku, Along minta aku panaskan moi dan bagi makn nenek kau. Waktu tu arwah nenek aku dah x cakap, bila dia x nak makan dia akan tutup rapat mulutnya. Arwah nenk aku hanya minum saja. Petang tu, aku balik rumah kejap sebab nak ambil baju. Petang sewaktu aku smapai dekat kampung, arwah nenk aku dah nazak, dia baring dihadapkan ke arah kiblat. Malam tu, kami ramai-ramai baca surah Yassin dekat arwah nenek. Lepas habis baca Yassin dan solat isyak, aku terus masuk Kelambu dan tidur. Dalam pukul 12.30 mak sedara aku lagi seorang gerak sebab mata nenek terbuka. Semua pakat bangun malm tu dan baca Yassin.

Aku sempat baca Yassin dekat arwah nenek. Mak sedara aku buat solat hajat. Selepas tu, sepupu aku suruh baca surah Ta'ba sebab untuk memudahkan saat sukaratul Maut. Habis aku baca, aku angkat kaki untuk masuk balik kelambu. Tak sempat aku nak duduk, sepupu aku menjerit panggil abah dia. Aku pergi lihat, nenek aku dah tak ada.Pada jam 1.45 pagi,pada hari Ahad.

Aku merasa amat terkilan, aku orang terakhir yang bawak dia pergi klinik, aku orang terakhir yang bagi dia mandi, aku orang terakhir yang bagi dia makan, napa aku bukan orang yang terakhir yang ada kat samping dia waktu dia menghembuskan nafas dia yang terakhir. Terkilan sangat. Maybe ada hikmah di sebalik semua tu. Aku redha dengan ketentuannya.

Lepas nenek tak ada, kami berganti mengaji untuk arwah. smpai orang angkat jenazah untuk dimandikan, Suara aku sampai hilang sebab mengaji dan menangis banyak. Saat yang paling sebak sewaktu arwah nenek dikapankan. Mujur aku x ikut ke kubur sebb aku dengan sepupu aku kena beli barang untuk kenduri malam tu. Ramai yang datang bacakan Yassin untuk arwah nenek aku pagi tu. 

Aku terus duduk dekat kampung lepas nenek aku tak ada, kesunyian memang snagt terasa sebab pada awal pagi, kami mesty tukar pampers nenek, kalau dia buang air besar, kami akan mandikan. Rindu sangat.orang yang urus nenek aku caap, arwah senang diuruskn, tulangnya lembut. Tetapi waktu aku mandikan badannya keras. Tersangatlah keras. Orang yang mengangkat arwah nenek juga cakap, arwah nenek ringan sngat.Subhanallah.

Aku tahu sebabnya.
1.Arwah nenek berzikir setiap hari,setiap hari zikir lain2 bagi ckup seribu. Apabila dah cukup seribu dia akan Selawat Keats Nabi kita Muhammad S.A.W
2.Arwah nenek seoarng yang tidak kedekut, selalu meghulur duit kepada orang yang memerlukan
3.Arwah nenek selalu beri nasihat kepada cucu-cucu

Al-Fatihah untuk arwah nenek. Moga tenang disana bersama amalan baik yang nenek kerjakn waktu di dunia.Masa di dunia kami dah nampak keajaiban pada nenek. Kami sangat pasti di mana tempat nenek berada sekarang.