Motivasi Diri Kejap Ehh

 Final ! Final ! Final !
Demam final la sekarang ni, tetapi sempat pulak tangan ni pegang laptop dan update blog yer.
Bukan apa, dari laptop ni kita dapat release tension kan. Lagi satu kan , tak kan la nak pegang buku 24 jam kan. Kang blank plak. Sapa susah ? Aku jugak susah.

Sambil-sambil study tu , kita beriadah la sama keyh. Boleh hilangkan penat, tension dan macam-macam lagi. Dalam kita duk sibuk ni, kita kekadang sampai terlupa dengan orang yang sangat ambil berat akan kita. Yer la, kita kan manusia biasa, Tak boleh fokus dua kerja dalam satu masa.

C I N T A atau C I T A- C I T A.
Dua-dua kita perlukan. Mengejar cita-cita kekadang sampai terlupa akan cinta yang tengah menanti kita kan?

Sama la macam aku. :-(
 Yer .. Aku redha apa ayng telah berlaku ni. Buat apa nak ingat orang yang tak pernah ingat dekat kita kan ? Lupakan jer lah. Buat apa kita di sini mengingati org yang jauh di sana, kalau orang yg jauh di sana tak ingat akan kita kan? 

So.. now .. Ingat dekat org yg ingat kita sudah yer.


Akan aku lawan perasaan ni. Aku malas la nak ingat insan yang buat aku terluka. Buat apa nak ingat perkara yang lepas. Pentingkan apa yang akan terjadi di hadapan . Duka tidak akan selamanya hadir dalam hidup kita ini. Pasti akan ada kegembiraan yang akan hadir selepas ini.

Macam orang selalu kata "Pelangi tiba selepas hujan"
In Shaa Allah.


Menangislah sepuas-puasnya. Selepas ini, lupakan kedukaan yang pernah berlaku. Biarkan kenangan kita bersama terbang ditiup angin.

Jiwang plak aku ni kan. By the way, aku ok saja. Aku dah prepare diri aku untuk semua ni dah.
Tiada duka yang abadi. In Shaa Allah, ada bahagia yang menanti kat depan tu. Tak ada siapa tahu kan. Macam tu la aku.


One day, akan datang juga JODOH tu. Kalau bukan disini,mungkinkah di sana ?
Jodoh kita telah tertulis sejak di alam Roh lagi.


Smile ! Senyuman sentiasa menutup resah hati yang melanda. Senyuman juga dapat menutup kesedihan kita. Jangan lupa untuk mengukir senyuman walau apa pun yang berlaku. Setiap apa yang berlaku, telah tertulis, kita sebagai manusia dan HAMBA-NYA hanya mampu berdoa. :-)

J A V A make me happy and also C R A Z Y

Mini project java memang snagt memeningkan. Sumber rujukan juga amatlah tebal, tetapi jadinya tidak. Nak kata buat kerja last minute tak jugak taw. Kami mulakan kerja awal lagi kut. Alih2 kerja last minute jugak yang nak jadi tu.

Ni first sample coding kitaorang. Kitaorang ambil coding ni daripada buku taw. Dalam duk ambil dari buku tetap ada error jugak taw. Tak tahu la apa masalahnya. Java ni kena belai dia dengan penuh kasih sayang taw. Java ni sensetif sangat taw. Aku ni taip jer. Tukang cari error adalah miza. Dia yang cari error samapai program kami x ada error taw.  Tapi ni bukan codinng kami lagi. Ni sebagai rujukan kami jer.

Godek punya godek. tetap x dapat lagi. Dah la settle mini project , quiz lagi . Ada test lagi. Pening memang pening.

Tidur ingat mini project.

Makan ingat mini project java.
Masa mandi pun dok ingat mini project java.
JAVA ni mcm dah menghantui kiraorang ja.

Last2 before kita submit , kita jumpak satu coding ni >-<
(sumber daripada Fizah Rahim atau B).

Totally memag x ada error la. Kita just tambah sikit2 saja. Alhamdulilah la.
Kerja last minute yang amat menjadi.



 Tara ! da siap burn dalam CD dan ready untuk di submit. Rasa sangat bahagia taw. Now !! fokus kat multimedia plak. Nak buat poster plak. 

Tema poster "hari kemerdekaan"


rupa bentuk output dari kami (akma,ateyn dan mieza).
Laundry system.. fuhhh... lega sangat !!!!
Walau tak sama dengan rangka yang kami buat tetapi ada iras2.. kira beres la.

R I N D U

Rindu ..
dengar macam simple jer. Sapa yang tak tahu makna rindu tu, tak tahu la makna apa itu kasih sayang la.

Aku rindu sangat dekat parent aku. Dah sebulan lebih aku tak dapat balik rumah. Mula-mula aku mesej abah aku cakap mai la melawat aku sebab aku rindu .Abah aku cakap tengok la nanti , abah aku confirm lain, dia x dapat janji. Aku rasa tak cukup dengan mesej saja. Aku call la mak aku.

Aku : Assalamualaikum, mak mana ?
Adik : Waalaikumusalam, mak , kak tepon.

Aku tak dapat tahan sebak dah.

Aku : Mak buat apa ? (sebak dah)
Mak : Tak buat apa, dah nak tidur la.
Aku : Mak, cek rindu la. (Dah start nangis).
Mak : La.. Teriak buat apa, p dok sana belajaq kan tak payah la dok teriak. Kalau rindu tengok la gambar mak dalam laptop tu.
Aku : Cek tak letak gambar mak , cek letak gambar pakwe .( konon2 nak sedapkan hati)
Mak : Mak tak lawa ka ?
Aku : Lawa la, saja nak melawak dengan mak.
Mak : Galak , kalau dekat rumah tak mau dengar mak membebel , ni bila dok jauh rindu plak.
Aku : Mak tak tahu , bila tak dengar mak membebel, lagi rindu. (Sebak lagi dasyat)
Mak : Tak pa la. Nnty mak p la, x payah teriak sngat la.
Aku : Mak tak tahu , perasaan cek.
Mak : Ok. Mak nak masuk tidur dulu . I love u
Aku : I love u too

Hujan yang turun lepas cakap dengan MAK !!!


Duk tak lama lepas tu , SAYANG ABAH lak kol.

Abah : Hai cek , napa ?
Aku : Tak dak pa, ( tak lama, lepas tu menangis terus ) rindu la, lama tak balik rumah.
Abah : Relax la , abah dok KL seminggu tak balik rumah , tak pa pun.
Aku : Tu abah , ni cek , cek x balik rumah sebulan lebih da kot.
Abah : Abg cik x balik rumah dekat 3 minggu tak apa pun , cuma haritu p hntar duit ja.
Aku : Macam ni cek x mau suruh abah bank in duit dah , cek nak abah mai hntar duit dekat sini la.
Abah : Mana boleh, rugi la macam ni. Nanti abah hantar kereta.
Aku : cek tak pikiaq pasai kereta, cek pikiaq rindu jer sekrag ni.
Abah : Minggu depan abah p , tarikh tak tahu lagi , 2 la x mau bagi tahu awal2 , smlam dengan hari ni abah tak kerja . Dah2 , x payah nangis dah SMALL MATTER LA TO BIG DAUGHTER.
Aku : Abah x faham perasaan cek ,cek yang rasa.
Abah : Nanty abah p . ok . I love u.
Aku : I love u too.


Empangan pecah lagi !!
Tapi yang paling best , ucapan ILOVEYOU daripada Mak ngn Abah dulu.
Sayang mak ngn abah.. mmuuuahhhh

Kenangan Sem 1

Rasanya baru semalam aku mai mengaji dekat sini kan . Pejam celik-pejam celik ak dah sem 3. Lagi 2 minggu jer aku final. Huwaaa.. x mau ambik final lagi. Tak ready lagi ni. Macam mana nak buat ehhh..  Nak ker x mau ker , aku kena ambil jugak Final.

Dok godek lappy ni, tertiba ja aku terjumpak folder gambar. Buka2 gambar kitaorang masa Sem1. Wahh.. Rasa nak tergelak ada bila tengok balik gambar2 zaman dulu.



Rasanya ni time ctu. Part one lagi ni . Muda lagi nieh dan baru sangat kenal. Baru kenal pun tidak menghalang kami untuk kami ambil gambar bersama. Sebenarnya banyak lagi gambat kami, tapi tak kan nk upload gambar yang sama kan ?




Ni plak gambar kitaorang masa keluar outting g Sg.Petani. Rasanya ni first time kitaorang keluar bersama. Gelabah jugak la cari jalan sebab kami bukan orang sg Petani. Fazira,Elya ngn Wani dari Alor Star dan aku plak dari serdang. Mana la nak tahu sangat jalan kat sungai Petani ni. Tapi yang paling best , aku yang drive kut. Aku ni ada masalah sikit dngan Kiri dan Kanan jalan.



Ak rasa ni gambar yang paling kelakar sebab masa ni Arra (berbaju kemeja biru) still nampak kecik lagu . Jangan marah yer.


Hantu kak limah versi yang ke 10. Tak payah pakai bedak dah. Muka putih semulajadi. (Kem dekat lata celak).

Wani dengan ala2 tudung najwa latiff dia.Sekarang dia dah tak pakai tudung macam tu dah. Fazi ala-ala muka tnagkap belah tepi. Tudung fazi masa ni dah berubah sebab aku mula kenai dia, tudung dia ala-ala wardina la. Aku lak ? dulu lipat layan, sekarang lipatan tudung aku dah manis.

Hubungan baru nak mesra masa ni. Tengok arra (baju putih) . Kecik saja kan. Fazi lak, tangkap gambar sebelah tepi . Kelakar bukan ???




Masa ni fazi tarik tudung dia ala-ala Wardina. Tapi sayang la. Tak nampak la plak.


Muka poyo sebelum ambik Test Akaun. Sopan ja nampak. Anak sapa la kan .. Anak dato Zam dengan anak atan ni.










Banyak  lagi gambar kitaorang !
Memory henpon boleyh JEM sebab gambar bnyak sangat !
Setiap gambar ada kisah tersendiri. Kadang2 nak tergelak bila tengok balik gmbar ni semua. Akan ada kisah suka dan duka di sebalik gambar !!!

Sport Day ( Sains Com )

Bukan senang nak berkumpul bersama-sama. Ketawa bersama-sama. Bergurau tu dah memang selalu kut. Kadang-kadang sampai sakit perut dibuatnya bila duduk bersama-sama ni. Ni la kawan suka dan duka rasanya.  Ni salah atu aktiviti yang kami dapat kumpul bersama yer.  Sukan ohh sukan ! Nasib baik acara lari-lari ni x ada. Kalau ada ker , alu mesti lari daripada lari. Bukan apa, aku ni dah pencen , dah lama x exercise. Dah tak larat nak berlari ni.
Harap maklum yer. Bukan aku saja yang dah pencen lari. Kebanyakkan kwan aku dekat sini juga telah pencen lari yer. Aku x ada la malu sangat kan.


aktiviti pertama kami ialah sesi bergmabar. Memang wajib bergambar la ke mana sahaja kami poergi asalkan bawak NOTE 11 !


Tema kami adalah kaler #Merah 

Tengah padang pun akan tetap sempat snap gambar walau mata tak boleh nak buka !
Hebat tak kuasa kamera ?


Aktiviti bergambar utk semua gurl.. Mestilah beb.. sampai kena minta bantuan orang lain la sebab nak bergmbar semata-mata.

Aku ? Sesekali tidak akan pegang phone sebab aku x sanggup gambar aku tak ada nanti.


Inilah gambar yang aku rasa paling Sweet. Konon-konon la kan. Sebab nampak sweet la. Nampak harmoni jer kitaorang ni. Lagi satu , sayang seribu kali sayang. Mieza x dapat join kitaorang sbb dia ada kem.


Nampak x ? muka seorang-seorang nampak penat dan nampak makanan ja kut.

Mungkin ?
Semua dah pakat comot dan belemoih . Comot pun comot la, asalkan haty gembira kan.
Kitaorang main bukan utk menang semata-mata, tetapi untuk enjoy2 saja.

kitaorang group asing2 taw . Group aku plak . Semua game group kitaorang KALAH taw. Semua denda kitaorang rasa taw . Wow memang best la. Terbaik !!

Yg paling best . Breakfast ak telur mentah kut , campur plak dengan gula !

THE BEST MOMENT FOR THIS SEMESTER !
MOOD :: NAK FINAL DAH  :) :) :)

Raya aku, Mak , Abah , Adik2 dan semua

Walau Syawal dah berlalu , aku masih lagi teringat cerita Raya aku sekeluarga. Raya kami biasa2 saja , dalam keadaan yang sederhana dan meriah. Walaupun family aku kecik, tetapi cerita raya kami sangat la seronok dan aku akan share sedikit.

Sehari sebelum raya aku dan abah telah buat satu aktiviti yang sangat menyeronokkan iaitu KACAU DODOL. Letih tak payah cerita la. Hampir 5 jam kut kami dua orang duk bergilir mengacau dodol. Abah aku la orng yang paling bnyak dok kacau. Dia kan hero dalam hati aku. Kena la tunjuk macho sikit kan. Dia kena la kuat.

Mak aku pulak, sibuk menjahit kain langsir dia la. Adik-adik aku pulak, diorang buat kerja diaorang la. Duduk la aku ngn abah dok kacau dodol sambil layan movie. Style tak kami berdua. Kenangan la beb.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakhbar
PAGI RAYA !

Cerita raya kami bermula seawal pukul 6 pagi. Mak aku akan bangun awal dan kejutkan anak2 dia bangun. Dengan kami semua, mak aku kena ada nilai kesabaran yang tinggi sebab anak2 dia semua satu spesis iaitu susah nak bangun pagi. Nasib la mak yer. t\Tu belum masuk abah aku pnya hal lagi. Abah aku pun susah nak bangun pagi jugak taw.

Apabila semua orang siap mandi sunat Hari Raya dan mengerjakan solat subuh , kami sekeluarga akan berkumpul bersama-sama dan abah akau akan mengetuai bacaan takbir hari raya. MELTING hooi dengan suara abah sendri nebgalunkan zikir dan takbir. Sayu ada jugak dalam hati ni. Selepas takbir , kami akan bermaaf-maafan pulak. Suasana maaf ni la yang paling hiba dan menyentap jiwa.Semua orang dalam keluarga aku pasti akan mengalirkan airmata. Aku jugak tak terkecuali taw.

Selepas berhari raya, kami akan ambik gambar sekeluarga.

Tara !!

Selepas bergambar , kami sekeluarga akan ke masjid.
Raya aku simple tapi seronok dan meriah dengan cara kami yang tersendiri la.