Waktu cuti aku

Apa yang aku nak katakan di sini , waktu cuti aku tersangatlah boring . Tak ada perkara yang dapat dibuat . Setiap hariku seperti biasa , aku dah dapat hafal dengan baiknya . Seawal pagi mak aku dah bising , kejutkan aku bangun solat subuh . Aku ni liat sikit nak bangun pagi . Mak aku wajib kejutkan 4 atau 5 kali .First , sewaktu dia pergi bilik air , dia kejutkan aku . Second , sewaktu dia keluar daripada bilik air. Third , sewaktu habis sembahnyang (sebelum berdoa). Fourth , kemuncaknya, sesudah dia sembahyang. Last sekali dia datang bilik aku dan bawa apa yang patut . Dasyat x mak saya ??

Pernah sehari tu , dia dah tak larat nak kejut aku , dia bawak batang penyapu masuk bilik . Lari terabur la aku p ambil air sembahyang . Pagi2 wajib dengar mak aku tazkirah subuh dulu . Nak buat macam mana , aku ni sejak azali lagi liat macam lepat liat nak bangun subuh . Ayat wajib yang keluar dari mulut mak aku . tak mau sembahyang nak jadi apa haa ?? hantu ??  dia tanya , dia jawab . Macam ni la aku setiap hari . Abah aku pulak kerja , always saja tiada masa di rumah . 

Inilah mak aku yang tersayang , aku patut setia kepadanya sampai hujung nyawa . 
Sekarang ni aku bukan milik sapa2 lagi , kepada mak aku lah tempat aku bermanja . Nanti lepas kahwin , dengan suami (kalau ada Jodoh ,dengan mr Hasm ) pulak erkk.. ^-^  .

Untuk kali yang ke berapa , aku kurang pasti la , Mak aku pesan kalau nak kahwin dengan Mr Hasm , aku kena belajar masak dulu  . Mak aku tak mau duk berbesan dekat-dekat ni nanti besan dia mai tnya dia "IDA , HANG TAK AJAR ANAK HANG MASAK KER ??" ayat mak aku lebih kurang macam tu la , bukan aku yang mereka-reka cerita . Untuk apa aku mereka-reka cerita . APa faedah yang aku bakal dapat .

Berbalik cerita kepada rutin harian aku pada awal pagi tadi . Mak aku kata lepas sembahyang subuh , nak tidur sampai tengah hari pun tak pa. Asalkan bangun sembahyang subuh. Aku memang menuju ke katil sahaja lepas sembahnyang subuh , tetapi apa kan daya . Lepas tu mak aku yang kedua menganggu tidur aku . Tak lain tak bukan la . Mr hasm namanya. Mesti hantar meseg dekat aku memanggil aku "debab , bangun !!" .  Tu baru cerita di awal pagi , belum lgi masuk tengah hari , malam . Hidup kita ni umpama roda , akan terus berputar mengikut waktunya .

Habis boring aku duduk kat rumah , aku pergi ke jiran aku . Dia ada anak kecik . Seawal usia dia satu hari , aku dah rapat dengan anak dia . Malah , aku yang bawak anak dia balik rumah taw .

Yeay , inilah si sweeties AUNIE DELISHA ,ni sewaktu dia umur sehari , baru sangat bawak balik dari rumah . Memang kitaorang rapat la. Aku boring duduk di rumah , aku g rumah dia , untuk main dengan aunie delisha . 

Gambar yang ni , aku x pasti la , ini gambar hari yang ke berapa , tetapi yang pasti kan , gambar ni masa mak dia tengah pantang la. Aku pergi rumah dia , tak kira pagi atau malam waktu itu . Lagi pun rumah diaorang tiada had untuk keluar masuk . Tambah-tambah aku, aku pergi juga tiada had .

Ini gambar terbaru aku bersama AUNIE DELISHA . gambar aku sewaktu cuti . Wajib aku dukung dia dalam waktu sehari . Pernah sekali tu , dia selsema dan batuk , sebab aku selalu ambik dia , kiss dia , penyakit dia dah berpindah kepada aku . Comel an si aunie ni ??  Bambam la dia ni sebab minum susu botol . Kdang-kadang aku bagi dia minum susu , cara dia minum susu botol , mengiring ke sebelah kanan. X susah nak jaga dia , bukan selalu bunyi pun .

Sekarang , mak aku tak bising dah pasal mandi . Yang mengambil tempat mak aku untuk bising pasal mandi , siapa lagi kalau bukan gawe aku. Dia la tukang bising di awal pagi , haiyaa. Ayat wajib yang keluar dari mulut dia , "nak jadi apa yang tak mandi ". aku mesti balas balik "nak jimat air". aku ni kadang-kadang kuat menjawab. 

Kerja aku yang selalu aku buat di rumah ialah , ambil dan hantar adik bongsu aku ke sekolah. Kerja aku ni tak bergaji taw. Kdang-kadang ambik adik lelaki aku di sekolah , adik lelaki aku duduk di asrama.. Abah aku kata , ambil dan hantar adik2 laku , aku boleh settle la.Memang aku boleh settle, lama-lama tua dekat jalan la aku. Sejak aku cuti , sampai hari ini, aku tak keluar lagi dengan kwan-kawan aku untuk sosial. Aku keluar nak pergi joging,pergi cc dan sebagainya. Aku keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan aku belum lagi ,sebab kawan aku dekat kampung , sibuk dengan kerjanya. Kawan-kawan aku yang lain, diaorang belum cuti sem lagi.

Tak ada yang menarik pun , cuti sem aku nieh melainkan cerita aku seharian di rumah. Lagi satu keja aku di rumah ialah snap picture. aku malu la selalu nak upload. Nanti orang kata cewi la pulak kan.

Sahabat , i love them forever

La ni ak nk bawak mai kawan2 aku masuk kat sini plak , ak dengan depa ni bkannya knai dari kecik , tapi kitaorang kenai dari SEMESTER 1 lagi sejak ak bergelar student dekat uitm  ni.
Kenal tak lama tapi kasih antara kami sangat bertaut rapat taw .



ha , ni gambar masa kami mula-mula masuk taw
Kami ni kalau bab bergambar memang no satu taw . gambar kami bersama memang terlalu banyak taw , tak taw nak bubuh gambar yang mana satu sebab terlalu banyak sangat . Dulu masa mula2 mai ak gna ncet nokia c3 tak dak sapa nak ambil hnpown ak bergambar . La ni aku tukar ncet yang canggih sikit . Memori ncet aku penuh pulak dengan gambar diaorang . Haiyakkk .. penin pala hoo pikiaq ini semua ..

eden bersama anak Dato'Zam

Kalau korang perasan kan , anak dato'zam ni kalau bergambar akan buat muka ketepi ..
katanya "tips daripada Najwa Latiff agar nampak tuyus" ni jarang marah punya orang , kalau marah pun , nampak macam tak marah . Manja2 gitu . satu bab ja dya x pernah kalah . iaitu bab makan.
Aku dengan kwan2 aku ni kan , badan lebh kurang sebentuk saja. Zaman ni kami dah rapat sedikit . Zaman 2 , galaxy tab fazi paling laku sebab , tab dya paling canggih . Sekarang ni , tab dia dah tak laku.