Hobi baru yg sangat enjoy

Running man ? Apa tu running man ? Mula-mula aku tak ambik kisah sangat pasal artis Korea ni. Aku ni plak, bukanlah minat K-pop sangat. Pasal Running man ni ak selalu dengar kawan aku duk bercerita sebab diaorang minat sngat dengan realiti show ni.

       Yang aku boleh TERTENGOK running man ni sebab Fazira ada bagi satu cerita Running man yang Ji-Hyo kena jadi princess tu. Memang best giler. Tak silap aku, tu episod 163. Mula dari situ la aku mula TERSUKA cerita Running man. TERJATUH hati plak dengan cerita ni serta mengikut jejak kawan-kawan aku yang lain layan cerita ni bersama-sama. Dulu ak pernah kata "AKU TAK AKAN LAYAN CERITA NI SEBAB TAKUT TERLEKAT" alih2 memang betul aku betul-betul terlekat dengan cerita Running man ni.

Tengok la Hard Disk aku dah penuh gara-gara cerita  Running man. Dah naik merah hard disk aku ni sebab dah terlalu penuh la. Lepas ni nak minta dekat abah aku belanja Hard disk yang satu tera la sebab Running man makan banyak spaces. Bnyak movie aku terpaksa padam sebab Running man ni la. Nampak tak kasih sayang aku kat Running man tu mcm mana. 

Ni koleksi running man aku. Aku kena buat folder kasi kemas-kemas, elok-elok dan nampak teratur supaya senang aku nak cari dan layan cerita ni.  Aku mula layan running man ni masa episod 163, so aku kena la cover episod yang sebelum ni. Tak payah risau sangat episod yang lepas-lepas sebab kawan-kawan aku ada.  Sekarang aku dah habis final, bnyak masa aku digunakan untuk menonton Running man la. 



Ni la ahli Running man. Tak kering gusi bila tengok terlatah mereka ni. Serius lawak sangat-sangat la. Setiap seorang ada personatiliti masing-masing. Diorang plak jenis ckap direct. Cakap direct diorang la yang membuat cerita ni enjoy !
Ucapan kat aku : Selamat menonton Running man ni dari episod satu smapai episod 166 (the latest during now). Gunakan masa cuti sem sebaik yang mungkin dengan layan Realiti show ni.




Love u MR.ARROGANT


Slot akasia, setiap hari Isnin-Khamis, pada pukul 7 malam, wajib aku dok menghadap muka depan tv layan cerita ni. Cerita ni best giler. Memang superb larh. Lawak ada, sedih ada, Macam-macam la ada.

Memang best la bila layan layan cerita ni ramai (hidup kat hostel) sebab penulis skrip ramai la. Kalau time citer ni lawak lak, memang pakat-pakat dok gelak ramai-ramai la. Kawan-kawan aku depa pakat layan gak citer ni. Tapi layan kat bilik jer. Zaman dah maju, depa tengok live tv kat tonton.com saya. Tengok p la dengan cara yang macam mna pun, asalkan x leyh lepaskan episod ni yer.


Azlee Khairi

Perh , handsome giler mamat mr.Arrogant ni. Boleh melting kot dok tengok dia lama-lama. Klau x handsome mana boleh jadi pelakon kan. Dalam seminggu, 4 hari ak layan citer nieh. 3 jAm dok memerhati dia , yer la, tolak iklan apa pelbagai. Nak extra time, usha la INSTAGRAM dia. Aku salah seorang follower dia taw.


HERO dan HEROIN cita nieh. Heroin dia ni pelakon tak la baru sangat, tapi jarang dapat watak utama. Rasanya ni first time aku tngok dia berlakon. Hehehe..
Lepas pada cerita TEDUHAN KASIH aku mana ada layan citer lain dah. Cerita LOVE U MR ARROGANT ni buat aku dok menghadap depan tv balik. Yng pasti, waktu cuti sem nanti, aku mesti tngok cerita ni.

Sekarang ni maghrib masuk awai, lepas layan cerita ni , seropa ngn lipas kudung lagi naik atas sembahyang sebab 8.20 isyak dah masuk. Cita ni plak habis pkul 8.00 Malam. TV3 ni pun , nak buat cerita time-time cam ni la. Lyan2 jugak, kewajipan jangan lupa pulak yer. :-)

Lagu tema citer nieh.(NOMAD-TETAP MENANTIMU)

 Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi

Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Sumber : MR.GOOGLE la